Wednesday, December 3, 2008

Sunyi

Sunyi malam ni. Semua dah tidur agaknya. Aku saja yang masih di sini. Saat baik untuk berjiwang. Lama aku tak layan rasa hati. Sibuk benar akhir akhir ini. Memang itu pun yang aku inginkan. Melupakan dan melalaikan diri dari rasa yang sukar. Masa berjalan begitu pantas. Hampir tiba ke penghujung. Siapa aku bila tiba di titik itu nanti?

Tuesday, December 2, 2008

Green Tea

Secawan pagi, secawan petang. Tanpa gula. Selera makan dah berkurang. Tak rasa lapar sampai betul2 rasa lapar. Macam malam tadi, dah malam baru terasa lapar, tapi takde selera nak makan. So, terus tidur... pagi ni bangun, segar sgt. Lama dah tak tidur lena macam tu. Yes, a good night sleep will promise a good day ahead. Hopefully :D

Monday, December 1, 2008

Hand off!

Bukan aku tak boleh terima, tapi aku rasa tak patut sangat. Kalau dia sendiri tak boleh nak handle benda tu, kenapa perlu lemparkan pada aku? Apa aku ni bakul sampah dia ke? Ishh.

Definitely no! Kalau memang dari awal, job tu diberi pada aku, aku takde la rasa terhina macam ni. Ini dah separuh jalan and the dateline pun dah near the corner, baru tau panic pastu nak pass kat orang lain. Sorry la.. aku dah settle banyak benda and aku nak cuti panjang lepas ni. Hand off!

Sunday, November 30, 2008

Mumbai

Masa ke Mumbai dulu, Julian, salah seorang team member ni suka sangat stay kat Hotel Taj Mahal. Tapi yang sorang lagi tu, tak suka. Katanya, kalau setakat nak duduk hotel mewah lebih baik duduk kat UK je, tak payah travel. Tapi Julian insisted nak duduk kat situ jugak, or else dia tak mahu follow the trip. So, to be fair, dia stay kat Hotel Taj Mahal, while aku n members yang lain stay kat hotel biasa2 saja. Bila terrorist attack berlaku kat Hotel Taj Mahal ni, aku boleh bayangkan the terror. Memang hotel tu penuh dgn foreigners. Kasihan....

Luckily, plan utk ke Mumbai tahun ni dibatalkan terus.. lega.

Saturday, November 29, 2008

Cantik tak?

Cantik tak? Rasa mcm cantik sgt. Pernah juga try nak tukar template sblm ni tapi tak pernah jadi. Hari ni dgn kebaikan yan, impian jadi kenyataan. Tq so much. Luv ya!!

Makan makan makan

Tadi pergi dentist, buat check up. Doc kata takde gigi rosak. So, dia bersihkan gigi saja. Hehe.. seronoknya rasa bila gigi bersih. Lepas tu, pergi makan Mc Donald yang baru buka tu. Tapi malang, bekas minuman air milo tu lembik and licin, milo ku tertumpah. Aku takde la rasa nak marah ke apa, maybe takde rezeki kot kan.. tapi manager dia baik sangat la.. terus je ganti milo baru. Macam ni, boleh la pergi sana selalu.. :D

Lupa lak, ada jemputan kahwin tengahari ni. Makan lagi...

Thursday, November 27, 2008

Jack of all traders (challenger)

Masa bengkel siang tadi ada buat test myerss-briggs, and inilah hasilnya..

Am I a jack of all traders / challenger??? heeeeee..

Quick, ingenious, good at many things. Stimulating company, alert and outspoken. May argue for fun on either side of a question. Resourceful in solving new and challenging problems, but may neglect routine assignments. Apt to turn to one new interest after another. Skillful in finding logical reasons for what they want. Extraverts.

Hujan

Hujan lebat dari petang tadi. Sepatutnya aku ke KL malam ni, tapi lepas tol KL tu, jem gila. Langit gelap, hujan makin lebat. Kereta tak bergerak langsung. Terus patah balik. Now, aku rasa lega. Jarang sekali aku buat keputusan macam ni. Biasanya, aku akan teruskan juga. Lambat atau cepat, susah atau senang, aku akan sampai juga. Tapi tadi, aku dengan senang hati minta perjumpaan itu ditunda ke hujung minggu. Rasanya, pihak satu lagi pun rasa lega bila aku tak jadi datang. Haha... harap2nya lah. :D

Apa2 pun, I really need a good rest. Tq.

Wednesday, November 26, 2008

Peace

Rasa happy, relax je now ni. Lega sebab few things dah settle. Of coz, banyak lagi perkara menanti dan takkan habis. Yang penting, yg perlu diselesaikan dapat dilaksanakan tepat masanya.

Bila berkumpul dengan kawan-kawan, adalah beberapa perkara yang mereka sampaikan tu, tak sedap dengar. Tapi nak buat apa pun, takkan aku nak serang org yg buat cerita tu? So, buat tak tahu je lah. Biarlah diorang nak kata apa sekalipun. I dont care. Woops.. actually, I care. So much! Just that, I dont want that matters 'serabuting' my mind right now.. peaceeeee!!

Boleh tak?

Kalau tak pergi bengkel tu, boleh tak?
Kalau tak attend meeting tu, boleh tak?
Kalau bukan aku yang drive, boleh tak?
Kalau aku pergi mana aku suka, boleh tak?


Uwaaaa.. kenapa aku perlu tanya soalan2 bodoh ni? After all, memang semua tu aku kena buat pun. :(

Tuesday, November 25, 2008

Bagai kayu

Umpama kayu. Kalau dibiar reput lah ia. Kalau di cucuk di tanah, di siram baja, akan tumbuh juga pucuk, daun dan akhirnya bunga. Cuma perlu masa, sabar dan sabar...

Monday, November 24, 2008

Thank you


Thank you for being around when needed n get well soon.

Miracle?

Apakah hari ini akan ada miracle? Atau mungkin hanya seperti hari hari biasa?

Sunday, November 23, 2008

Kayu Putih

Kayu itu asalnya dari pokok yang besar, gagah berdiri. Di ambil dari dahan yang kukuh, lurus tegak, cantik terletak. Pernah menjadi teman si buta ke mana saja, tidak kira masa. Sehingga lusuh ia, di buang ke tepi. Lama terbiar tiada peduli. Masih putih asli cantik berseri. Tiada cemar warna cereka. Meniti hari apa adanya.

Cerita Baru

Ye.. aku perlukan satu ruang utk berbicara. Dahulu, aku punya satu blog yg simpan banyak cerita. Tapi cerita itu sudah tamat dan aku tidak ingin langsung bicara ttg itu..

Di sini bermula cerita baru...

  © Blogger Template by Emporium Digital 2008

Back to TOP